Tidak ada apa yang dapat menyakiti anda


Tidak ada apa yang dapat menyakiti anda...

betul ke ni?

Ye, Betul.... ada tip yang di ajar oleh Rasullah Sallallahu Alaihi Wasallam.... dan ianya sangat mudah.

Sila amalkan 2 tip ini;
1. Pada Waktu pagi : anda hanya perlu sebut 3x
بِسمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسمِهِ شَيءٌ فِي الأَرضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ
(tidak ada apa yang dapat menyakiti anda dari pagi sampai petang)

2. Pada Waktu Petang : anda hanya perlu sebut 3x
بِسمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسمِهِ شَيءٌ فِي الأَرضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ
(tidak ada apa yang dapat menyakiti anda dari petang sampai pagi)

wah!!! mudahnya!!! ermmm apa buktinya?

DALIL/BUKTINYA dari Hadith Nabi

عن عثمان بن عفان- رضي الله عنه- قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( مَا مِن عَبدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوم وَمَسَاءِ كُلِّ لَيلَةٍ:بِسمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسمِهِ شَيءٌ فِي الأَرضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ, ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ,لَم يَضُرَّهُ شَيءٌ))
(رواه أبو داود و الترمذي وغيرهما)

Maksud Hadith:
Diriwayatkan oleh Ibn Sunniy dan Attirmidziy, dari Utsman bin Affan (ra) berkata bahwa Rasulullah (saw) bersabda : “Tiadalah seorang hamba berdoa di setiap pagi dan petang : Bismillahilladzi….(dst) sebanyak 3X maka ia tak akan diganggu sesuatu” berkata Imam Tirmidziy hadits ini hasan shahih, dan ini lafadh riwayat Tirmidzy, dan pada lafadh riwayat Abu Dawud : Barangsiapa yg membacanya maka ia tak akan mendapat musibah yg datang tiba tiba/dikagetkan musibah.

--
Sumber: Takhrij Hadith di www.dorar.net

Saya bukan pemalas...


Anda rasa malas???

Sila cuba tip yang berikut:

Langkah 1: Lihat muka anda dalam cermin, dan katakan anda BUKAN PEMALAS.
Perkataan "malas" adalah kutukan. Ia memalukan. Ia bukan anda

Langkah 2: Masalah kesihatan.
Jika tahap tenaga anda rendah selama berbulan-bulan, jumpa dengan doktor. Ia boleh menjadi kemurungan atau penyakit. Pastikan anda ok sebelum bergerak ke langkah ke 3

Langkah 3: Buat Perancangan
Buat  checklist @ tulis perkara-perkara yang anda mahu lakukan (mengikut keutamaan) pada setiap pagi.

Langkah 4: Ubah keadaan anda
Cuba bekerja pada masa yang berlainan, hari dan di lokasi yang berbeza. Mungkin anda perlukan muzik untuk memastikan anda memberi tumpuan atau makanan ringan atau tidur pada waktu tertentu.

Langkah 5: Kunci jam / set masa
Kajian menunjukkan orang yang bangun awal, sentiasa dalam keadaan gembira, sarapan yang berkhasiat dan bersenam akan lebih produktif.

kini anda bukan lagi pemalas!!!

--
Sumber: VideoJUG

Kepintaran bukan dari anda semata-mata

Berhati-hatilah dengan kepintaranmu itu, boleh jadi ia menjadi ujian buat mu

فَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ ۚ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُون


Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian Yang ada padaku". (tidaklah benar apa Yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat Yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
(Az-Zumar:49)


--
Sumber: Quran & Terjemahan dalam B.Malaysia.

ANDA MIMPI BURUK? jangan risau ada tip-nya


  • Kita semua mesti pernah mimpi buruk, bukan?
  • Ada orang mentafsirkan mimpi bermacam-macam, ada yang betul dan ada tidak betul, ada yang buruk dan yang baik.
  • Apa bila anda mimpi buruk kemudian anda bangun dari tidur kadang-kadang anda risau, takut benda buruk dalam mimpi tadi akan jadi betul.

jangan risau ada jalan penyelesaiannya !

Macam mana cara yang di ajar oleh Rasulullah?

Lepas terkejut dari tidur @ bangun dari tidur..... ikut tip ini berturutan:
  1. Minta Allah jauhkan anda dari mimpi buruk tadi (doa dlm b.melayu pun boleh).
  2. Baca ISTIAZAH 1x (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم).
  3. Paling kiri dan tiup di bahu kiri anda 3x.
  4. Solat sunat 2 Rakat.
  5. Kalau nak tido semula, tukar posisi tidur anda (kalau sebelum ni anda tidur mengiring kanan maka mengiringlah kiri).
  6. Jangan cerita pasal mimpi anda pada sesiapa.
Sekarang ni jangan risau mimpi buruk tadi tidak akan memberi apa-apa kesan di dalam kehidupan anda :)

Wallahu Alam.

--
Sumber: Tip ini himpunan dari Hadith - di syarah oleh: Syaikh Mashail Kharraz.

ikuti sy byk lg tip mnarik utk anda